Berita Sukan
Alhamdulillah, tahniah barisan pemain, jurulatih, terima kasih penyokong Malaysia - TMJ
KUALA LUMPUR 11 Jun - Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan luar biasa dalam saingan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 apabila menewaskan Vietnam 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.
Kemenangan meyakinkan itu menjadi bukti awal keberkesanan revolusi skuad kebangsaan yang dicetuskan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dalam usaha memperkukuh prestasi bola sepak negara.
“Alhamdulillah, tetapi perjalanan masih jauh. Akan lakukan yang terbaik untuk terus meningkatkan diri.
“Tahniah kepada barisan pemain dan jurulatih. Terima kasih atas sokongan semua penyokong Malaysia. Alhamdulillah,” ujar Tunku Mahkota Ismail menerusi satu hantaran di media sosial selepas kemenangan tersebut.
Empat jaringan skuad negara disumbangkan oleh Joao Figueiredo (minit ke-49), Rodrigo Holgado (m-59), La’Vere Corbin Ong (m-67), dan Dion Cools (m-88), sekali gus mengesahkan tiga mata penting buat pasukan bimbingan Peter Cklamovski.
Pemain dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya turut meraikan kejayaan tersebut bersama Ultras Malaya di hadapan ribuan penyokong setia.
Untuk rekod, sebelum ini Vietnam sering menjadi penghalang buat Malaysia, dengan tujuh kemenangan dan satu keputusan seri dalam lapan pertemuan sejak 2016. Kali terakhir Harimau Malaya menewaskan Naga Emas ialah pada Disember 2014 dalam aksi separuh akhir Piala AFF dengan keputusan 4-2.
Kemenangan ini turut memperkukuhkan kedudukan Malaysia di tangga teratas Kumpulan F selepas turut menewaskan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Mac lalu hasil jaringan Hector Hevel dan Corbin Ong.
Malaysia kini mendahului kumpulan dengan enam mata, diikuti Vietnam dan Laos masing-masing tiga mata, manakala Nepal masih belum meraih sebarang mata.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 5:19 pm
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
April 14, 2026, 2:23 pm
Kerajaan peruntuk RM3 juta perkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara
March 31, 2026, 11:56 am
Gaji tidak dibayar, legenda import bola sepak Kedah terpaksa mengemis di sosial media
March 25, 2026, 7:21 pm
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 13, 2026, 10:21 am
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
March 9, 2026, 10:25 am
