Berita Sukan
Hannah bangga kejayaan Harimau Malaya, ucap terima kasih TMJ, PMX
KUALA LUMPUR 11 Jun – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa bangga atas kejayaan skuad Harimau Malaya menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Menerusi catatan di laman Facebook, beliau merakamkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai pencetus kepada kebangkitan semula skuad Harimau Malaya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski, dan berterima kasih kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air, terutamanya Ultras Malaya, atas sokongan padu yang diberikan.
“Tahniah diucapkan kepada jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski atas kejayaan menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
“Ia sekali gus menamatkan penantian 11 tahun untuk menewaskan skuad Naga Emas. Gegak gempita Ultras Malaya bersama sorakan padu 61,512 penyokong menjadi satu memori manis kepada rakyat Malaysia yang meraikan kejayaan ini.
“Terima kasih TMJ, terima kasih PMX. Selamanya Harimau Malaya,” tulis Hannah.
Dalam perlawanan itu, pemain warisan baharu, Joao Figueiredo yang juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan, membuka jaringan pada minit ke-49 sebelum Rodrigo Holgado, La’Vere Corbin Ong dan Dion Cools menambah tiga lagi gol.
Kemenangan bergaya ini meletakkan Harimau Malaya di kedudukan teratas Kumpulan F dengan enam mata, tiga mata mengatasi Vietnam dan Laos, manakala Nepal kekal di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata. – Media Telus.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
