Berita Sukan
KL City, KDN FC dan PDRM FC peroleh lesen kebangsaan untuk saingan Liga M 2025-2026
KUALA LUMPUR 12 Jun – Tiga kelab iaitu Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan PDRM FC berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-2026.
First Instance Body (FIB) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa ketiga-tiga pasukan telah menyerahkan dokumen kewangan tambahan seperti yang diminta sebelum ini.
Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, ketiga-tiga pasukan telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pelesenan dan berjaya memenuhi semua keperluan ditetapkan.
“Pihak FIB hari ini mengesahkan bahawa semua dokumentasi kewangan tambahan telah diterima daripada ketiga-tiga kelab berkenaan sebelum tarikh akhir penyerahan.
“Setelah meneliti dan menilai dokumen kewangan yang dikemukakan, FIB bersetuju untuk memberikan Lesen Kebangsaan penuh kepada mereka kerana telah memenuhi keperluan pematuhan seperti yang ditetapkan,” katanya.
Sebelum ini, FIB mewajibkan ketiga-tiga kelab berkenaan mengemukakan dokumen kewangan tambahan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025, berdasarkan Artikel 8 (l) Peraturan Pelesenan Kelab MFL.
Terdahulu, lesen kebangsaan telah pun diberikan kepada beberapa kelab termasuk Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC, serta dua kelab dari AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC yang memperoleh Lesen Kebangsaan Luar Biasa.
“FIB merakamkan penghargaan atas kerjasama serta komitmen tinggi daripada KL City FC, KDN FC dan PDRM FC, dan mengucapkan selamat maju jaya dalam saingan Liga Super musim 2025-2026,” tambah beliau. – Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
