Berita Dunia
Pesawat Air India bawa 242 penumpang terhempas selepas berlepas dari Ahmedabad
NEW DELHI 12 Jun - Sebuah pesawat Air India jenis Boeing 787 Dreamliner yang dalam penerbangan ke London terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India, pagi ini.
Menurut laporan awal, pesawat itu membawa seramai 242 orang termasuk anak kapal terhempas di kawasan Meghani, Ahmedabad, menyebabkan kepulan asap hitam tebal memenuhi ruang udara dan mencetuskan operasi kecemasan serta-merta.
Pesawat itu difahamkan baru sahaja diisi bahan api sepenuhnya untuk perjalanan jarak jauh ke ibu negara Britain, yang menyumbang kepada letupan dan kebakaran besar selepas nahas berlaku.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan berkenaan jumlah korban atau mangsa tercedera dalam insiden terbabit.
Pasukan bomba serta ambulans dalam jumlah besar telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam India, Directorate General of Civil Aviation (DGCA), dijangka memulakan siasatan rasmi dalam masa terdekat, termasuk mendapatkan bantuan teknikal daripada pengeluar pesawat, Boeing.
Setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti namun pakar penerbangan berpendapat muatan bahan api yang banyak berikutan perjalanan jarak jauh mungkin memburukkan lagi kebakaran pasca nahas, sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.
Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, memaklumkan bahawa beliau sudah menghubungi Ketua Menteri Gujarat, Bhupendra Patel; Menteri Dalam Negeri Negeri Gujarat, Harsh Sanghavi serta Pesuruhjaya Polis Ahmedabad bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan kepada kerajaan negeri bagi menguruskan pasca nahas serta siasatan lanjut. - Times of India
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
