Berita Dunia
Nahas India Air: Swafoto terakhir jadi kenangan, hasrat 5 beranak mulakan hidup baru di London tidak kesampaian
NEW DELHI 13 Jun - Sekeping gambar swafoto penuh kegembiraan yang dirakam sebuah keluarga sebelum menaiki pesawat Air India menjadi kenangan terakhir mereka, selepas kesemua ahli keluarga itu maut dalam nahas tragis semalam.
Gambar yang menunjukkan pasangan suami isteri dan tiga anak kecil mereka kelihatan teruja sebelum memulakan kehidupan baru di United Kingdom (UK) tular di media sosial selepas nahas itu menggemparkan dunia.
Dr Komi Yvas, yang baru meletakkan jawatan sebagai pakar perubatan di sebuah hospital di Udaipur, India dua hari sebelum kejadian, dilaporkan mahu menyertai suaminya, Dr Pratik Joshi, yang terlebih dahulu berhijrah ke London.
Menurut laporan stesen televisyen tempatan, NDTV, pasangan itu membawa bersama tiga anak mereka — pasangan kembar lelaki, Nakul dan Pradyut, masing-masing berusia lima tahun, serta anak perempuan mereka, Miraya, enam tahun — dalam perjalanan untuk memulakan kehidupan baharu di sana.
Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila pesawat dinaiki mereka terhempas sejurus berlepas dari bandar Ahmedabad, India.
Nahas tragis itu mengorbankan kesemua 242 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat Boeing 787 Dreamliner berkenaan, yang dalam penerbangan ke London, United Kingdom.
Menurut laporan, pesawat tersebut membawa 169 warga India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal dan seorang penumpang dari Kanada, sebelum ia terhempas di kawasan perumahan berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad di negeri Gujarat. — AGENSI
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
