Berita Sukan
JDT dijangka kekal dominan dalam liga Malaysia musim 2025/26
JOHOR BAHRU 17 Jun – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus dilihat sebagai kuasa dominan dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/26, meskipun saingan dijangka lebih kompetitif dengan penyertaan 14 pasukan serta kemasukan semula Brunei DPMM FC.
Penganalisis sukan tempatan, Afizal Abu Othman menyifatkan kestabilan organisasi dan perancangan jangka panjang menjadi faktor utama dominasi JDT sukar digugat, walaupun berlaku perubahan di posisi ketua jurulatih dengan kehadiran pengendali baharu dari Sepanyol, Xisco Munoz.
“Pasukan ini mempunyai struktur yang mantap, barisan pemain berkualiti dan budaya kemenangan yang konsisten.
“Dengan sokongan pengurusan profesional serta pengalaman luas di pentas Asia, mereka kekal sebagai pencabar utama kejuaraan,” ujar Afizal yang juga Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya.
Untuk rekod, JDT menamatkan kempen musim lalu dengan sempurna apabila merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut, selain menjuarai Piala FA dan Piala Malaysia, sekali gus mencatat treble domestik buat musim kedua berturut-turut.
Pada Isnin, JDT mengumumkan kehadiran bekas pemain tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi sebagai rekrut terbaharu skuad Harimau Selatan.
Ibrahim menjadi pemain baharu ketiga diumumkan selepas dua tonggak import, Jairo Da Silva dan Antonio Glauder.
Pemain berusia 23 tahun itu mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Sri Pahang, terutama ketika final Piala Malaysia menentang JDT di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 April lalu.
Afizal turut menyambut baik pertambahan kepada 14 pasukan musim ini, yang menurutnya mampu meningkatkan daya saing liga, terutama dengan kemunculan semula Brunei DPMM FC.
“Saya percaya kehadiran DPMM FC akan memberi warna baharu kepada liga dan mencabar pasukan-pasukan lain untuk meningkatkan prestasi,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau menjangkakan Selangor FC sebagai pencabar utama kepada JDT berdasarkan prestasi memberangsangkan musim lalu, apabila muncul naib juara liga dan menjuarai Piala Cabaran.
“Dengan komitmen tinggi di bawah bimbingan Katsuhito Kinoshi serta peluang beraksi di pentas Asia, Selangor FC dijangka tampil lebih konsisten musim ini,” tambahnya. – Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
