Berita Dunia
Warga China diminta segera tinggalkan Israel, disaran ke Jordan
BEIJING 17 Jun – Kedutaan Besar China menggesa warganya supaya segera meninggalkan Israel susulan ketegangan yang semakin memuncak antara Israel dan Iran.
Menerusi kenyataan yang dipetik agensi berita AFP, Kedutaan China di Israel mengingatkan rakyatnya supaya beredar dari negara itu secepat mungkin menerusi laluan darat, dengan syarat keselamatan diri mereka dapat dijamin.
“Disarankan untuk berlepas ke arah Yordania,” tambah kenyataan itu.
Ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan serangan udara mengejut terhadap sasaran-sasaran di seluruh wilayah Iran minggu lalu. Israel mendakwa tindakan itu sebagai langkah mencegah Iran mendapatkan senjata nuklear, namun dakwaan itu dibidas keras oleh Teheran.
Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan balas ke wilayah Israel. Beberapa bangunan di Tel Aviv dan bandar-bandar lain dilaporkan musnah, termasuk institusi penyelidikan terkenal, Weizmann Institute.
Kedutaan China menyatakan bahawa konflik antara kedua-dua negara itu kini berada pada tahap membimbangkan.
"Banyak infrastruktur awam telah rosak, jumlah korban awam terus meningkat, dan situasi keselamatan menjadi semakin serius," jelas kenyataan itu lagi. – Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
