Berita Dunia
Pesawat British Airways ke India patah balik akibat kerosakan sayap
LONDON, 17 Jun – Sebuah pesawat British Airways jenis Boeing 787-8 Dreamliner yang dalam penerbangan ke India terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow, London selepas juruterbang mengesan kerosakan pada sayap, lapor MailOnline.
Pesawat dengan nombor penerbangan BA35 itu berlepas menuju Lapangan Terbang Chennai, namun diarahkan berpatah balik kurang sejam selepas berlepas, sebagai langkah berjaga-jaga.
Data daripada laman penjejakan penerbangan Flightradar24 menunjukkan pesawat berlegar-legar di ruang udara Selat Dover selama hampir sejam bagi membuang bahan api sebelum selamat mendarat semula di Heathrow pada jam 1.50 tengah hari waktu tempatan.
Jurucakap British Airways mengesahkan bahawa pendaratan semula itu dilakukan atas faktor keselamatan.
“Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat dan semua kru serta penumpang diturunkan seperti biasa. Pasukan kami sedang berusaha untuk menyambung semula perjalanan mereka secepat mungkin,” katanya.
Insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas satu lagi pesawat model sama milik Air India, juga Boeing 787-8 Dreamliner, terpaksa berpatah balik ke Hong Kong ketika dalam penerbangan ke New Delhi akibat masalah teknikal.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan baharu terhadap aspek keselamatan pesawat Boeing, susulan tragedi sebuah pesawat Air India yang terhempas di Ahmedabad, India baru-baru ini, mengorbankan 241 penumpang.
Pihak berkuasa penerbangan dijangka menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden terkini melibatkan pesawat jenis itu. - Agensi
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
