Berita Dunia
CPJ kutuk serangan Israel terhadap stesen TV Iran
WASHINGTON 17 Jun – Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel pada Isnin yang menyasarkan stesen televisyen kerajaan Iran ketika ia sedang bersiaran secara langsung.
“CPJ sangat terkejut dengan pengeboman Israel terhadap saluran televisyen negara Iran ketika wartawan sedang bersiaran secara langsung,” kata Pengarah Serantau CPJ bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Sara Qudah dalam satu kenyataan.
Beliau turut menyatakan bahawa pembunuhan tanpa hukuman oleh Israel terhadap sekurang-kurangnya 185 wartawan di Gaza menunjukkan pola yang membimbangkan terhadap media, dan kini ia turut merebak ke negara lain.
“Pertumpahan darah ini mesti dihentikan sekarang,” tegasnya.
Serangan tersebut mengenai bangunan penyiar rasmi Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB), menyebabkan siaran tergendala seketika sebelum disambung semula melalui studio lain, menurut media tempatan Iran.
Beberapa media juga menyiarkan rakaman video yang menunjukkan keadaan bangunan selepas serangan berlaku.
Terdahulu, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz dilaporkan berkata bahawa stesen radio dan televisyen Iran “akan lenyap tidak lama lagi”.
Ketegangan antara kedua-dua negara meningkat sejak Jumaat lalu selepas Israel melancarkan serangan udara dan dron ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear. Tindakan itu mencetuskan serangan balas dari Tehran. – Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
