Berita Dunia
Gunung berapi meletus di Indonesia, 24 penerbangan keluar masuk ke Bali dibatalkan
DENPASAR 18 Jun – Sekurang-kurangnya 24 penerbangan ke dan dari Pulau Bali dibatalkan susulan letusan gunung berapi di wilayah timur Indonesia yang menghamburkan abu setinggi 10 kilometer ke udara.
Gunung Lewotobi Laki-Laki yang berketinggian 1,703 meter di Pulau Flores dilaporkan meletus semalam, memaksa pihak berkuasa menaikkan tahap amaran ke paras tertinggi.
Antara penerbangan antarabangsa yang terjejas termasuk Jetstar dan Virgin Australia ke beberapa bandar di Australia, selain Air India, Air New Zealand, TigerAir Singapura dan Juneyao Airlines dari China, menurut maklumat dari laman web Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.
Beberapa penerbangan domestik AirAsia ke destinasi seperti Labuan Bajo di Flores turut dibatalkan.
“(Lapangan terbang) Ngurah Rai masih beroperasi seperti biasa tetapi ia bergantung kepada jadual penerbangan. Namun, beberapa penerbangan dibatalkan kerana gunung berapi meletus. Ia bergantung kepada laluan dan juga syarikat penerbangan,” kata seorang ejen perkhidmatan pelanggan lapangan terbang yang enggan dikenali.
Sementara itu, abu dari letusan gunung berapi tersebut turut melanda beberapa kampung sekitar Lewotobi Laki-Laki, menyebabkan sekurang-kurangnya sebuah kampung dipindahkan lewat malam tadi, menurut Agensi Mitigasi Bencana Indonesia.
Setakat ini, tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda diterima.
Untuk rekod, pada November tahun lalu, gunung yang sama pernah meletus beberapa kali, menyebabkan sembilan kematian, pembatalan penerbangan antarabangsa ke Bali dan pemindahan besar-besaran penduduk tempatan. – AFP
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
