Berita Dunia
Ribuan penduduk Israel larikan diri ke Cyprus melalui laut susulan konflik dengan Iran
TEL AVIV 18 Jun – Ribuan penduduk Israel dilaporkan melarikan diri ke Cyprus menggunakan kapal layar selepas ruang udara negara itu ditutup susulan ketegangan memuncak dengan Iran.
Akhbar Haaretz melaporkan bahawa Marina Herzliya kini menjadi lokasi tumpuan warga Israel sebagai ‘terminal laut sementara’, dengan lebih 100 individu bersiap untuk belayar dalam satu-satu masa, terutamanya pada awal pagi.
Fenomena itu turut tular dalam kalangan kumpulan media sosial, dengan ramai menyifatkan marina tersebut sebagai "jalan keluar laut" utama bagi mereka yang mahu meninggalkan negara berikutan konflik berterusan.
Laporan turut menyebut terdapat permintaan tinggi terhadap perkhidmatan ini, dengan penumpang sanggup membayar sehingga 2,500 shekel (AS$713) bagi perjalanan selama 25 jam. Malah, ada yang menawarkan harga setinggi 6,000 shekel untuk tempat di atas kapal layar.
Seorang penumpang memaklumkan harga tambang bergantung kepada jenis kapal, kelajuan dan kemudahan seperti kabin peribadi. Kapal yang menggunakan diesel mampu sampai ke Cyprus dalam tempoh lapan jam.
Bagaimanapun, timbul kebimbangan berikutan sebahagian kapal layar beroperasi secara haram tanpa insurans, menurut seorang kapten kapal komersial yang dipetik dalam laporan itu.
Walaupun konflik dengan Iran menjadi faktor utama, hanya segelintir yang secara terbuka mengaku kepada wartawan bahawa mereka melarikan diri kerana ancaman peluru berpandu. Sebaliknya, ramai memberi alasan mereka sekadar mahu pulang ke rumah atau bertemu keluarga di luar negara.
Dalam pada itu, kira-kira 40,000 pelancong asing dilaporkan masih berada di Israel ketika ini. Laluan darat ke Mesir dan Jordan masih dibuka, namun terhad dan dipenuhi permintaan tinggi, menyebabkan masa menunggu di sempadan menjadi lebih panjang.
Situasi ini mencerminkan ketidaktentuan yang sedang melanda negara itu berikutan konflik terbuka dengan Iran yang tercetus sejak serangan pada 13 Jun lalu. - Agensi
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
