Berita Sukan
Sri Pahang sah tarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim ini
KUALA LUMPUR 20 Jun – Sri Pahang FC mengesahkan tidak akan menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025–2026 walaupun telah diberikan Lesen Kebangsaan oleh First Instance Body (FIB).
Perkara itu dimaklumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas menerima surat pengesahan rasmi daripada kelab tersebut bertarikh 16 Jun lalu.
“Keputusan Sri Pahang menarik diri menyebabkan saingan Liga Malaysia musim ini hanya akan disertai oleh 13 kelab,” kata MFL dalam satu kenyataan.
Antara pasukan yang bakal beraksi termasuklah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Negeri Sembilan FC, Kelantan Darul Naim FC, Kuala Lumpur City FC, PDRM FC dan DPMM FC dari Brunei, serta dua pasukan dari AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC.
MFL menjelaskan, semua pasukan berkenaan telah diberikan Lesen Kebangsaan 2025–2026 oleh FIB, manakala DPMM FC diberikan kelulusan khas oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Musim baharu Liga-M akan bermula pada 8 Ogos ini dengan perlawanan Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.
Kejohanan Piala FA pula dijangka bermula pertengahan Ogos, diikuti Piala Malaysia dan Piala Cabaran pada Januari 2026.
Menurut MFL, kalendar liga musim ini akan berlangsung selama 10 bulan, berbanding 14 bulan musim lalu yang telah disesuaikan dengan jadual liga antarabangsa.
Bagaimanapun, pengumuman rasmi jadual masih belum dikeluarkan kerana MFL sedang menunggu undian rasmi Liga Juara-Juara AFC (ACL Elite dan ACL 2) membabitkan JDT dan Selangor yang hanya akan diadakan pada 15 Ogos nanti. MFL juga menunggu pengesahan tarikh Kejohanan Kelab ASEAN anjuran AFF yang melibatkan dua kelab tersebut. – Media Telus
Berita berkaitan
April 23, 2026, 5:19 pm
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
April 14, 2026, 2:23 pm
Kerajaan peruntuk RM3 juta perkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara
March 31, 2026, 11:56 am
Gaji tidak dibayar, legenda import bola sepak Kedah terpaksa mengemis di sosial media
March 25, 2026, 7:21 pm
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 13, 2026, 10:21 am
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
March 9, 2026, 10:25 am
