TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai KPN

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 21 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Khalid Ismail atas pelantikannya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan rekod kepimpinan cemerlang serta pengalaman luas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau yakin Mohd Khalid akan membawa pendekatan yang menyeluruh dan progresif dalam memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam.

“Insya-Allah, di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Khalid, saya percaya PDRM akan terus kekal sebagai institusi yang dipercayai rakyat serta disegani kawan dan lawan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Mohd Khalid, 60, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM, termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018 dan Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman mulai 6 September 2021, sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Razarudin atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara.

“Sumbangan beliau kepada negara dan pasukan PDRM akan sentiasa dikenang,” katanya. – Media Telus

+ - reset