Berita Berita
KDN FC bakal dibimbing Elavarasan dan jurulatih antarabangsa musim depan

KUALA LUMPUR 21 Jun – Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa satu-satunya wakil Kelantan dalam saingan Liga Super musim depan, Kelantan Darul Naim FC (KDN), bakal dikendalikan oleh bekas jurulatih skuad kebangsaan, E. Elavarasan.
Perkara itu dimaklumkan Annuar menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, sekali gus memberi harapan baharu kepada peminat bola sepak Kelantan untuk melihat kebangkitan semula pasukan negeri itu.
“Tahniah pada pasukan tunggal Kelantan yang akan beraksi di Liga Super 2025–2026. Selamat datang Jurulatih Kebangsaan Elavarasan dan Jurulatih Antarabangsa UEFA, Muammer Salibasic, yang akan berganding bahu melatih Kelantan,” tulisnya.
Annuar turut mendedahkan bahawa KDN akan diperkuatkan dengan pemain import berkualiti termasuk tonggak kebangsaan dari negara Asia Tenggara serta pemain dari Asia dan Afrika.
E. Elavarasan, 60, bukanlah nama asing dalam arena bola sepak tempatan. Beliau pernah membimbing beberapa kelab utama termasuk Terengganu, Felda United dan PDRM serta menjadi penolong kepada Kim Pan-gon dalam skuad Harimau Malaya. Beliau juga pernah mengemudi skuad bawah 23 tahun kebangsaan.
Muammer Salibasic pula, yang pernah bermain bersama Sarawak, memiliki lesen kejurulatihan UEFA dan pernah mengendalikan kelab Liga Bosnia seperti HNK Tomislav.
KDN FC kini menjadi harapan tunggal Kelantan dalam Liga Super musim depan selepas Sri Pahang FC mengumumkan penarikan diri daripada saingan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 22, 2025, 11:57 am
Polis sahkan anggota bertugas cabut suis motosikal pelajar dalam video tular
June 22, 2025, 9:27 am
Bas terbabas di jalan Genting, 25 penumpang berdepan detik cemas
June 22, 2025, 9:20 am
Polis siasat video palsu libatkan bekas ketua polis negara
June 21, 2025, 8:02 pm
NTW 2025 catat kejayaan luar biasa, 3.2 juta penyertaan melebihi sasaran
June 21, 2025, 2:01 pm
Malaysia pantau rapat konflik Iran-Israel, utamakan keselamatan rakyat – Mindef
June 21, 2025, 1:49 pm
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai KPN
June 21, 2025, 1:44 pm
Guru pusat asuhan ditahan, dua kanak-kanak didakwa dirotan
June 21, 2025, 1:35 pm