Berita Berita
Polis siasat video palsu libatkan bekas ketua polis negara

SHAH ALAM 22 Jun – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap satu video tular yang memaparkan individu menyerupai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dikaitkan dengan penerimaan bantuan kewangan daripada seorang bergelar 'Datuk'.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata video yang mula dikesan di platform media sosial TikTok pada 20 Jun lalu itu adalah palsu dan telah dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Video terbabit yang mengaitkan penerimaan bantuan kewangan daripada individu bernama 'Datuk Abdul Ghani' dan kononnya dimasukkan ke dalam bank adalah tidak benar serta tidak berasas.
“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menegaskan bahawa Ketua Polis Negara ke-13 tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dipaparkan dalam video itu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Berikutan itu, Hussein memaklumkan bahawa Tan Sri Acryl Sani telah membuat satu laporan polis dan menafikan bahawa rakaman video berkenaan adalah kenyataan rasmi beliau.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula video tersebut dan sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau berkongsi kandungan di media sosial.
“Polis Selangor memandang serius penyalahgunaan teknologi seperti AI untuk tujuan penipuan atau fitnah yang boleh mencemarkan nama baik mana-mana pihak.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam penyebaran maklumat palsu ini,” katanya lagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Media Telus
Berita berkaitan
June 22, 2025, 11:57 am
Polis sahkan anggota bertugas cabut suis motosikal pelajar dalam video tular
June 22, 2025, 9:27 am
Bas terbabas di jalan Genting, 25 penumpang berdepan detik cemas
June 21, 2025, 8:02 pm
NTW 2025 catat kejayaan luar biasa, 3.2 juta penyertaan melebihi sasaran
June 21, 2025, 2:01 pm
Malaysia pantau rapat konflik Iran-Israel, utamakan keselamatan rakyat – Mindef
June 21, 2025, 1:55 pm
KDN FC bakal dibimbing Elavarasan dan jurulatih antarabangsa musim depan
June 21, 2025, 1:49 pm
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai KPN
June 21, 2025, 1:44 pm
Guru pusat asuhan ditahan, dua kanak-kanak didakwa dirotan
June 21, 2025, 1:35 pm