Berita Dunia
Parlimen Iran lulus cadangan 'kunci' Selat Hormuz, laluan minyak terpenting dunia
TEHRAN 23 Jun - Parlimen Iran meluluskan cadangan menutup Selat Hormuz kepada lalu lintas perkapalan sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kemudahan nuklear negara itu, menurut laporan agensi berita Anadolu.
Anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari memaklumkan, persetujuan itu dicapai susulan serangan AS ke atas tapak nuklear di Fordow, Natanz dan Isfahan kelmarin.
“Parlimen mencapai persetujuan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup. Namun keputusan muktamad bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara Tertinggi,” katanya seperti dipetik stesen Press TV.
Selat Hormuz yang memisahkan Iran dan Oman merupakan laluan strategik utama penghantaran petroleum dari Teluk Parsi ke pasaran global. Laluan sempit itu menjadi nadi eksport minyak dan gas asli cecair dari Asia Barat, dengan kira-kira 30 peratus penghantaran minyak laut global melalui kawasan tersebut.
Ketegangan serantau kini memuncak, dengan dunia memerhati langkah seterusnya dari Tehran. Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dilaporkan berkata negaranya mempunyai beberapa pilihan balas, termasuk kemungkinan menutup Selat Hormuz atau menyerang pangkalan AS di rantau itu.
Penganalisis CNN, Barak Ravid menjelaskan bahawa penutupan Selat Hormuz berpotensi memberi kesan besar ke atas perkapalan komersial di rantau Teluk, sekali gus mencetuskan krisis dalam pasaran minyak global jika eksport terganggu.
Setakat ini, tiada gangguan material dilaporkan terhadap aliran minyak global meskipun kebimbangan semakin meningkat berikutan perkembangan terbaru itu.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
