Berita Dunia
Trump umum gencatan senjata sepenuhnya antara Iran dan Israel
WASHINGTON 24 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa Iran dan Israel telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata secara berperingkat bermula Selasa, yang dijangka membawa kepada penamatan rasmi konflik antara kedua-dua negara itu.
"Telah dipersetujui sepenuhnya antara Iran dan Israel bahawa akan berlaku GENCATAN SENJATA SEPENUHNYA," tulis Trump menerusi platform Truth Social miliknya pada Isnin malam.
Menurut perincian yang dikongsikan, gencatan senjata akan bermula secara berperingkat dalam tempoh 24 jam, bermula jam 0400 GMT Selasa.
Iran dijangka menghentikan semua operasinya secara unilateral terlebih dahulu, diikuti Israel 12 jam kemudian.
"Apabila tiba jam ke-24, penamatan rasmi perang selama 12 hari itu akan diraikan oleh seluruh dunia," kata Trump sambil menambah bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk kekal "aman dan saling menghormati" sepanjang setiap fasa gencatan senjata tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan Iran mahupun Israel bagi mengesahkan persetujuan berkenaan.
Pengumuman Trump hadir hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan terhadap pangkalan tentera AS di Qatar, yang digambarkan Trump sebagai tindak balas "lemah" terhadap serangan udara AS ke atas tapak nuklear Iran pada hujung minggu lalu.
Konflik tercetus sejak 13 Jun lalu apabila Israel melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran, diikuti siri serangan balas antara kedua-dua negara itu. - AFP
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
