Berita Dunia
Trump ucap terima kasih kepada Iran
WASHINGTON 24 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merakamkan penghargaan kepada Iran kerana memberikan makluman awal sebelum melancarkan serangan balas terhadap tindakan AS yang memusnahkan kemudahan nuklear negara itu.
Trump berkata, serangan Iran itu berjaya ditangani dengan baik dan tindak balas yang diberikan disifatkan sebagai lemah.
"Seperti yang kami jangkakan, serangan Iran berjaya ditangani dengan berkesan.
"Sebanyak 14 peluru berpandu dilancarkan, 12 berjaya dipintas manakala satu ke arah yang tidak mengancam keselamatan.
"Saya berbesar hati melaporkan tiada rakyat Amerika yang cedera dan hampir tiada kerosakan berlaku," katanya menerusi kenyataan di laman sosialnya.
Trump turut menyatakan harapan agar ketegangan di rantau itu dapat diredakan susulan tindak balas Iran.
"Apa yang penting Iran dilihat sudah meluahkan segala ketegangan mereka dan diharap tiada lagi kebencian berpanjangan selepas ini.
"Saya merakamkan penghargaan kepada Iran kerana memberikan makluman awal yang memungkinkan tiada kehilangan nyawa atau kecederaan berlaku.
"Mungkin kini Iran boleh melangkah ke arah keamanan dan keharmonian serantau dan saya akan menggalakkan Israel turut serta ke arah yang sama," katanya.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
