Berita Dunia
Iran nafi wujud perjanjian gencatan senjata dengan Israel
TEHRAN 24 Jun - Iran menafikan dakwaan bahawa satu perjanjian gencatan senjata telah dicapai dengan Israel untuk menamatkan konflik yang telah berlarutan selama 12 hari.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menegaskan bahawa setakat ini tiada sebarang persetujuan rasmi mengenai gencatan senjata atau penghentian operasi ketenteraan antara kedua-dua pihak.
"Setakat ini, tiada perjanjian berkaitan gencatan senjata atau penghentian operasi ketenteraan," katanya dalam kenyataan di media sosial pada Selasa.
Namun, Abbas menyatakan bahawa Iran bersedia menghentikan serangan balas sekiranya Israel menghentikan pencerobohan di negara itu.
"Jika rejim Israel menghentikan pencerobohan haram terhadap rakyat Iran selewat-lewatnya 4 pagi waktu Iran, pihaknya tiada niat untuk meneruskan serangan balas selepas itu," jelasnya.
Kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa proses gencatan senjata akan bermula sekitar 0400 GMT. - Agensi
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
