Berita Dunia
Iran umum perang '12 hari' dengan Israel tamat
TEHRAN 25 Jun - Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam mengumumkan penamatan ‘perang 12 hari’ yang tercetus akibat provokasi oleh Israel.
Dalam perutusan kepada seluruh negara yang disiarkan agensi berita rasmi IRNA, Pezeshkian menegaskan bahawa gencatan senjata yang dicapai adalah hasil penentangan hebat rakyat Iran dan keazaman mereka membina sejarah.
“Hari ini (semalam), selepas penentangan hebat ditunjukkan rakyat kita, dan keazaman tinggi membina sejarah, kita menyaksikan gencatan senjata dan penamatan perang 12 hari yang dicetuskan oleh provokasi Israel,” katanya.
Pengumuman itu disambut dengan rakyat Iran di bandar Basra mengibarkan bendera negara sebagai tanda meraikan penamatan konflik dengan Israel.
Pezeshkian turut menekankan bahawa kemenangan Iran dalam menghadapi ancaman serantau adalah hasil keteguhan rakyatnya.
“Segala kejayaan kami datang daripada tekad rakyat Iran. Mereka adalah benteng utama negara ini dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan,” katanya dalam kenyataan rasmi selepas mengadakan perbincangan telefon dengan beberapa pemimpin serantau.
Dalam perbualannya bersama Sultan Oman, Haitham bin Tariq, kedua-dua pemimpin bersetuju mengenai keperluan mendesak untuk mengekang ketegangan yang boleh membawa kepada konflik berskala besar di rantau itu. - Agensi
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
