Berita Sukan
Nafuzi sasar separuh akhir, fokus satu perlawanan demi satu
KUALA LUMPUR 25 Jun – Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain, meletakkan sasaran layak ke separuh akhir sebagai keutamaan dalam kempen Piala ASEAN B-23 2025 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia, bulan depan.
Namun begitu, Nafuzi menegaskan pasukannya kini memberi tumpuan kepada satu perlawanan pada satu masa, dengan perlawanan pertama menentang Filipina pada 15 Julai menjadi fokus utama ketika ini.
"Sudah tentu sasaran utama kita adalah mara ke final, namun dalam situasi semasa, kita lebih fokus kepada perlawanan demi perlawanan," katanya pada sidang media pengumuman senarai 30 pemain bagi kem latihan pusat yang bermula Selasa ini.
Tambah beliau, maklumat mengenai skuad Filipina agak terhad, justeru perancangan taktikal yang teliti perlu dilakukan bagi meraih tiga mata pertama.
Skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama Filipina, Brunei dan tuan rumah Indonesia, dengan perlawanan terakhir kumpulan dijangka menjadi cabaran sengit buat pasukan negara.
“Perlawanan pertama menentang Filipina sangat penting, diikuti Brunei, dan akhirnya Indonesia yang dijangka menjadi lawan paling sukar dalam kumpulan. Sasaran awal adalah melepasi peringkat kumpulan dan mara ke separuh akhir,” jelas Nafuzi.
Dalam pemilihan kali ini, Nafuzi yang pernah membimbing pasukan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC menyenaraikan pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor sebagai penyumbang terbesar, dengan 12 pemain Harimau Selatan dan lapan pemain Gergasi Merah tersenarai.
Turut dipanggil beberapa pemain yang pernah beraksi bersama skuad senior seperti Ubaidullah Syamsul Fazili, Fergus Tierney, dan Haqimi Azim Rosli.
Nafuzi berharap kombinasi pemain berpengalaman dan muka baharu mampu membentuk gandingan mantap serta memberi impak besar dalam misi kejayaan pasukan di Jakarta.
“Saya harap dengan pengalaman pemain-pemain ini yang digabung bersama pemain baharu, kita akan dapat membentuk keserasian dan persefahaman dalam pasukan,” katanya lagi. – Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
