Berita Sukan
Safee Sali umum letak jawatan Presiden PFAM
KUALA LUMPUR 27 Jun - Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).
Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat, Safee berkata keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah, namun beliau percaya ini adalah masa yang tepat untuk memberi laluan kepada generasi muda memimpin persatuan ke arah baharu.
“Sudah tiba masanya untuk saya berundur dan memberi peluang kepada generasi muda memimpin. Saya yakin memperkenalkan perspektif baharu dan idea-idea inovatif penting untuk pembangunan bola sepak secara global.
“Satu penghormatan dapat berkhidmat dalam jawatan ini dan saya bangga dengan segala pencapaian yang telah kita raih bersama sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Tanggungjawab saya sebagai presiden PFAM sudah selesai setakat ini sejak 2019 hingga hari ini,” katanya.
Safee turut menyatakan keyakinannya bahawa barisan kepimpinan baharu akan membawa semangat serta visi segar berlandaskan kecintaan terhadap sukan bola sepak, seterusnya mendorong kemajuan positif untuk sukan tersebut. - Media Telus.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 5:19 pm
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
April 14, 2026, 2:23 pm
Kerajaan peruntuk RM3 juta perkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara
March 31, 2026, 11:56 am
Gaji tidak dibayar, legenda import bola sepak Kedah terpaksa mengemis di sosial media
March 25, 2026, 7:21 pm
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 13, 2026, 10:21 am
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
March 9, 2026, 10:25 am
