TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily ditukar ke AKPS, M Kumar bakal ambil alih

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 28 Jun – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebagai Ketua Pengarah baharu, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Beliau yang dilantik menerajui JSJ sejak Ogos 2023, akan memegang jawatan di AKPS selama dua tahun hingga 30 Jun 2027.

Difahamkan, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu, akan menggantikan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman.

Maklumat pertukaran itu mula tular di media sosial sejak malam tadi.

Ketika dihubungi Berita Harian hari ini, Mohd Shuhaily mengesahkan telah menerima arahan rasmi berhubung pertukarannya namun enggan mengulas lanjut. Beliau meminta agar media menantikan Majlis Serah Terima Tugas yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh terdekat.

Pertukaran turut libatkan pegawai kanan Bukit Aman

Selain Mohd Shuhaily, arahan pertukaran tersebut turut melibatkan dua lagi pegawai kanan Bukit Aman:

Superintendan William Anak Nobes: Ditukarkan dari jawatan Superintendan Urus Setia (Dasar Strategik), Cawangan Khas Bukit Aman ke jawatan Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Pejabat KPN Bukit Aman.

Superintendan Abd Rashid Abu Bakar: Ditukarkan dari jawatan Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia KPN, Pejabat KPN Bukit Aman ke jawatan Superintendan Komunikasi Korporat (2), Urus Setia KPN, Pejabat KPN Bukit Aman.

Bagaimanapun, arahan tersebut tidak menyatakan pelantikan baharu bagi mengisi jawatan Ketua Polis Johor yang akan dikosongkan M Kumar susulan pertukarannya ke Bukit Aman.

 

+ - reset