Berita Berita
Pendaki Malaysia parah jatuh 200 meter di Gunung Rinjani

LOMBOK 28 Jun – Seorang pendaki warga Malaysia mengalami kecederaan parah selepas terjatuh ketika dalam perjalanan menuju ke Danau Segara Anak, Gunung Rinjani, Indonesia pada Jumaat lalu.
Mangsa dilaporkan terjatuh sejauh 200 meter sebelum tiba di kawasan jambatan menuju ke danau berkenaan, yang merupakan antara lokasi tumpuan utama di gunung tersebut.
Menurut Ketua Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR), Yarman, kejadian berlaku sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan, dan pasukan penyelamat segera digerakkan sebaik menerima laporan.
“Maklumat awal menunjukkan mangsa masih mampu berjalan perlahan walaupun mengalami kecederaan pada kaki dan hentakan di kepala.
Pasukan kami telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan rawatan kecemasan dan operasi menyelamat,” katanya kepada media, Sabtu.
Cedera pinggul dan kepala
Mangsa dipercayai mengalami patah tulang pinggul serta luka di kepala, namun masih dalam keadaan sedar semasa pasukan penyelamat tiba.
Prosedur menyelamat dilakukan mengikut piawaian keselamatan, termasuk pemberian rawatan awal di lokasi sebelum mangsa dipindahkan ke Posko Sembalun untuk penilaian lanjut.
Sekiranya memerlukan rawatan lebih intensif, mangsa akan dirujuk ke Hospital Bhayangkara Mataram atau Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Sembalun.
Insiden kedua dalam seminggu
Yarman turut mengingatkan para pendaki agar tidak memandang ringan cabaran pendakian di Gunung Rinjani, terutama melibatkan laluan yang berbatu dan licin.
“Topografi Rinjani sangat mencabar. Pendaki perlu berhati-hati, tidak memaksa diri sekiranya penat, dan segera berehat atau meminta bantuan jika berdepan kesukaran,” tegas beliau.
Kejadian ini merupakan insiden kedua melibatkan pendaki warga asing di Gunung Rinjani dalam tempoh seminggu.
Pada 21 Jun lalu, seorang pendaki dari Brazil, Juliana Marins, 27, maut selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak gunung berapi terkenal itu.
“Keselamatan harus menjadi keutamaan utama dalam setiap perjalanan,” tambah Yarman. – Agensi
Berita berkaitan
June 28, 2025, 11:06 am
Orang ramai terkejut jumpa mayat terapung di Tasik Danau Kota
June 28, 2025, 10:47 am
Ada mangsa lain rupanya, 2 lagi pelajar MRSM Besut ditahan terlibat kes buli
June 28, 2025, 10:05 am
Pelajar Tingkatan 4 lemas ketika mahu lepaskan mata kail tersangkut di Sungai Besut
June 28, 2025, 8:44 am
Siap sedia, cuaca panas di seluruh negara bermula hari ini
June 27, 2025, 4:49 pm
Kerajaan Johor beri jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi mencukupi
June 27, 2025, 1:33 pm
'Hentikanlah budaya saling menjatuhkan dan mencari salah' - Sultan Selangor
June 27, 2025, 1:23 pm
Diugut individu menyamar polis, penganggur sanggup gadai barang kemas ibu
June 27, 2025, 1:16 pm
MOF perjelas SST 8% hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu
June 27, 2025, 1:11 pm