Berita Berita
Orang ramai terkejut jumpa mayat terapung di Tasik Danau Kota

KUALA LUMPUR 28 Jun - Orang awam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang individu tidak dikenali yang terapung di tengah Tasik Danau Kota, di sini, awal pagi tadi.
Menurut saksi, mayat berkenaan dilihat terapung kira-kira jam 8.15 pagi, menyebabkan pengunjung kawasan rekreasi itu segera menghubungi pihak berkuasa.
Susulan laporan tersebut, anggota polis dan pasukan bomba dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja mengangkat mayat dari permukaan tasik.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
“Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mayat terbabit,” katanya ringkas.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai jantina, umur atau sebarang tanda kecederaan pada mayat berkenaan. Pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat dan laporan forensik bagi menentukan punca kematian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga hasil siasatan lengkap diperoleh.
Berita berkaitan
June 28, 2025, 7:15 pm
Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily ditukar ke AKPS, M Kumar bakal ambil alih
June 28, 2025, 12:53 pm
Pendaki Malaysia parah jatuh 200 meter di Gunung Rinjani
June 28, 2025, 10:47 am
Ada mangsa lain rupanya, 2 lagi pelajar MRSM Besut ditahan terlibat kes buli
June 28, 2025, 10:05 am
Pelajar Tingkatan 4 lemas ketika mahu lepaskan mata kail tersangkut di Sungai Besut
June 28, 2025, 8:44 am
Siap sedia, cuaca panas di seluruh negara bermula hari ini
June 27, 2025, 4:49 pm
Kerajaan Johor beri jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi mencukupi
June 27, 2025, 1:33 pm
'Hentikanlah budaya saling menjatuhkan dan mencari salah' - Sultan Selangor
June 27, 2025, 1:23 pm
Diugut individu menyamar polis, penganggur sanggup gadai barang kemas ibu
June 27, 2025, 1:16 pm