TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua warga emas maut, 9 cedera termasuk bayi dalam kemalangan 5 kenderaan di Kota Tinggi

By
|
Kongsi
image

 

KOTA TINGGI 28 Jun – Dua lelaki warga emas maut manakala sembilan individu lain cedera, termasuk seorang bayi perempuan, dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 10, Jalan Desaru – Kota Tinggi, berhampiran Felda Pasak, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.17 petang, kedua-dua mangsa berusia 69 dan 74 tahun yang menaiki sebuah Toyota Corolla disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai tersepit dalam kenderaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Muhamad Othman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam sama sebelum menggerakkan enam anggotabersama sebuah jentera FRT ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu Toyota Corolla, Perodua Axia, lori Hino tanpa muatan, Proton Saga dan Perodua Bezza,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba kemudiannya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit, sebelum menyerahkan jenazah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis untuk tindakan lanjut.

Sembilan mangsa lain termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan yang menaiki Perodua Axia, hanya mengalami kecederaan ringan dan diberikan rawatan awal di tempat kejadian oleh pasukan KKM.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.47 petang selepas pasukan bomba memastikan kawasan kejadian selamat dan tiada mangsa lain terlibat,” tambah Muhamad Othman.

Pihak polis dijangka menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

+ - reset