Berita Berita
Ada mangsa lain rupanya, 2 lagi pelajar MRSM Besut ditahan terlibat kes buli

BESUT 28 Jun – Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut ditahan bagi membantu siasatan kes buli yang berlaku di asrama sekolah berkenaan pada Selasa lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar ditahan meningkat kepada enam orang.
Kedua-dua suspek berusia 15 tahun itu ditahan selepas tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sekitar jam 4 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata kesemua pelajar terbabit sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Sebelum ini, lima pelajar terdiri daripada empat pelajar tingkatan tiga dan seorang tingkatan empat telah direman selama tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan.
Permohonan reman ke atas dua suspek terbaharu akan dilakukan esok,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azamuddin berkata polis turut menerima laporan daripada seorang lagi pelajar tingkatan dua yang mendakwa menjadi mangsa buli oleh kumpulan suspek sama dalam kejadian pada hari yang sama.
“Mangsa berusia 14 tahun itu mengadu mengalami kesakitan pada bahagian kaki kanan dan kiri selepas dipukul,” katanya.
Semalam, media melaporkan seorang pelajar tingkatan dua tampil mendakwa dibelasah hingga lebam pada bahagian belakang badan, rusuk dan perut, selain ditampar dan dipaksa duduk separa mencangkung dengan kepala diletakkan selipar selama kira-kira 40 minit.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan kesemua pelajar yang terbabit dalam insiden buli tersebut akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang sekolah serta-merta.
Berita berkaitan
June 28, 2025, 12:53 pm
Pendaki Malaysia parah jatuh 200 meter di Gunung Rinjani
June 28, 2025, 11:06 am
Orang ramai terkejut jumpa mayat terapung di Tasik Danau Kota
June 28, 2025, 10:05 am
Pelajar Tingkatan 4 lemas ketika mahu lepaskan mata kail tersangkut di Sungai Besut
June 28, 2025, 8:44 am
Siap sedia, cuaca panas di seluruh negara bermula hari ini
June 27, 2025, 4:49 pm
Kerajaan Johor beri jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi mencukupi
June 27, 2025, 1:33 pm
'Hentikanlah budaya saling menjatuhkan dan mencari salah' - Sultan Selangor
June 27, 2025, 1:23 pm
Diugut individu menyamar polis, penganggur sanggup gadai barang kemas ibu
June 27, 2025, 1:16 pm
MOF perjelas SST 8% hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu
June 27, 2025, 1:11 pm