TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar Tingkatan 4 lemas ketika mahu lepaskan mata kail tersangkut di Sungai Besut

By
|
Kongsi
image

BESUT 28 Jun - Aktiviti memancing bertukar tragedi apabila seorang pelajar tingkatan empat ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Besut berhampiran Kampung Amir, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Amin Asyraf Zulkifli, 16, difahamkan keluar memancing bersama abang dan seorang rakan sebelum insiden berlaku sekitar jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata kejadian berlaku apabila tali pancing yang digunakan mangsa tersangkut di kawasan semak di tebing sungai.

“Mangsa dikatakan cuba berenang ke seberang sungai untuk melepaskan dan mengambil kembali tali pancing yang tersangkut.

"Bagaimanapun, dia dipercayai dihanyutkan arus deras sebelum tenggelam dan gagal diselamatkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Menurut beliau, abang mangsa sempat cuba membantu namun tidak berjaya menyelamatkannya.

Pasukan mencari dan menyelamat kemudiannya berjaya menemukan mayat Muhammad Amin Asyraf kira-kira jam 9.05 malam, pada jarak 14 meter dari tebing sungai.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

+ - reset