TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga maut, seorang kritikal bot terbalik di Pulau Perhentian

By
|
Kongsi
image

BESUT 30 Jun – Tiga individu maut manakala seorang lagi dilaporkan kritikal selepas sebuah bot yang dinaiki 16 orang terbalik akibat ribut berhampiran sebuah resort di Pulau Perhentian, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam, dipercayai berpunca daripada cuaca buruk dan angin kencang di perairan berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal, bot itu membawa seramai 16 orang, termasuk seorang pemandu bot.
Tiga disahkan maut, manakala seorang lagi mangsa kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Azamuddin, kesemua mangsa yang terselamat kini berada di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk pemeriksaan lanjut dan menunggu untuk dipindahkan ke Jeti Kuala Besut.

Usaha menyelamat dijalankan dengan kerjasama agensi keselamatan termasuk polis marin, bomba dan pasukan perubatan.

Identiti mangsa yang terkorban masih belum didedahkan sementara siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

+ - reset