Berita Berita
Lebih ramai belia Cina diseru sertai ATM, teruskan legasi patriotisme

KUALA LUMPUR 29 Jun – Persatuan Veteran Tentera Malaysia Kaum Cina (MACVA) menyeru agar lebih ramai anak muda berbangsa Cina menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus meneruskan tradisi penyertaan komuniti itu dalam mempertahankan tanah air.
Presiden MACVA, Leftenan Kolonel (B) Wong Ah Jit, berkata masyarakat Tionghua memiliki sejarah panjang dalam perkhidmatan tentera dan legasi itu perlu diteruskan oleh generasi masa kini.
"Kerjaya tentera bukanlah laluan mudah, tetapi ia membina sahsiah, menyemai disiplin, membangunkan kepimpinan dan yang paling penting memberi peluang kepada golongan muda untuk terbabit secara langsung dalam pembangunan negara dan memikul tanggungjawab melindungi rakyat.
"Generasi kini sewajarnya meneruskan tradisi ini dan memastikan komuniti Cina terus mempunyai suara, kehadiran, dan sumbangan dalam angkatan tentera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menggesa keluarga Cina serta pertubuhan komuniti di seluruh negara agar memberikan galakan kepada anak muda untuk mempertimbangkan kerjaya dalam ATM sebagai satu pilihan bermakna dan membanggakan.
"MACVA menggesa keluarga Cina dan pertubuhan komuniti di seluruh negara untuk menyokong orang muda meneroka laluan perkhidmatan tentera, dan menggalakkan mereka menyarung uniform dengan bangga serta membina kerjaya bermakna dalam pertahanan negara.
"Ini negara kita, tanah kita dan pertahanan negara tidak seharusnya tanpa kehadiran dan sumbangan komuniti Cina.
"Menyertai tentera tidak bermakna melepaskan impian. Ia bermakna memilih laluan yang berbeza dengan cabaran yang lebih besar," katanya lagi.
Menurut statistik semasa, daripada 509 kadet pegawai yang ditauliahkan baru-baru ini, hanya lapan adalah berbangsa Cina – satu angka yang disifatkan amat membimbangkan oleh MACVA dan perlu ditangani segera melalui pendekatan strategik dan kesedaran dalam komuniti.
Berita berkaitan
June 30, 2025, 2:59 pm
Penunggang motosikal maut rempuh bas rosak berhenti di lorong kecemasan di Kulai
June 30, 2025, 2:02 pm
Peka kenaikan kos sara hidup, bantuan makanan asnaf Melaka meningkat RM50 bermula esok
June 30, 2025, 1:55 pm
Kilang kapas terbakar di Bandar Country Homes, 90 peratus musnah
June 30, 2025, 1:29 pm
Trump dedah individu kaya rancang beli TikTok, tunggu kelulusan China
June 30, 2025, 12:59 pm
Keputusan lanjut tempoh perkhidmatan awam tidak automatik, perlu ikut perlembagaan – Anwar
June 30, 2025, 12:27 pm
Mohd Shuhaily serah tugas Pengarah JSJ Bukit Aman, dilantik Ketua Pengarah AKPS
June 30, 2025, 12:04 pm