Berita Berita
Kejut bayi dengan penumbuk besar, KKM siasat petugas kesihatan layan bayi baru lahir dengan kasar, guna ayat biadap

KOTA BHARU 30 Jun – Tindakan seorang petugas kesihatan di sebuah hospital di sini yang didakwa melayan bayi baru lahir secara kasar serta memberi gelaran kurang sopan, mencetuskan kemarahan ramai selepas aduan tersebut tular di media sosial.
Isu itu mula mendapat perhatian apabila sebuah portal Facebook memuat naik tangkap layar aduan yang didakwa dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekitar jam 7.18 pagi, Khamis lalu.
Menurut aduan yang tular, petugas terbabit dikatakan:
-
Mengejutkan bayi dengan penumbuk besar
-
Menyusukan secara kasar bayi yang tidak menghabiskan susu
-
Menonyoh pipi bayi
-
Menggunakan ayat kurang sopan
-
Menepuk belakang bayi secara kasar selepas menyusukannya
Perkara itu menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet, khususnya berkaitan etika dan layanan terhadap bayi di fasiliti kesihatan awam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Mohd Zaini Hussin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berkenaan.
“Jadi tunggu laporan penuh dan saya akan berikan penjelasan kepada bapa bayi tersebut,” katanya ringkas.
Mohd Zaini turut memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden itu berlaku.
Berita berkaitan
June 30, 2025, 6:33 pm
Jangan ada campur tangan luar dalam pemilihan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 6:19 pm
Tindakan beku aset Tun Daim ibarat penderaan - Tun M
June 30, 2025, 6:14 pm
Objek disyaki bom cetus kesesakan 15 kilometer di PLUS arah selatan
June 30, 2025, 5:56 pm
Majlis Peguam gesa kerajaan umum segera pelantikan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 5:50 pm
Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai
June 30, 2025, 5:13 pm
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"
June 30, 2025, 5:08 pm
Lelaki Rohingya kantoi sorok 72 paket minyak masak subsidi di Marang
June 30, 2025, 4:56 pm