TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Peka kenaikan kos sara hidup, bantuan makanan asnaf Melaka meningkat RM50 bermula esok 

By
|
Kongsi
image

MELAKA 30 Jun – Prihatin terhadap tekanan kos sara hidup, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengumumkan peningkatan kadar Bantuan Makanan Bulanan (BMB) kepada golongan asnaf miskin dan mualaf di negeri ini bermula 1 Julai 2025.

Penerima skim bantuan tersebut akan menikmati kadar baharu sebanyak RM300 sebulan, meningkat RM50 berbanding kadar lama RM250.

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, keputusan itu dibuat susulan peningkatan harga barangan mentah yang memberi kesan langsung kepada kuasa beli golongan terbabit.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, kajian semula kadar ini juga mengambil kira hakikat bahawa bantuan tersebut tidak dinaikkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, meskipun jumlah penerima semakin bertambah.

“Selain BMB, MAIM turut menaikkan kadar beberapa skim bantuan lain, antaranya Bantuan Yuran Persekolahan Sekolah Rendah (one-off) bagi anak-anak miskin iaitu RM100 berbanding RM70 tahun lalu.

“Selain itu, bantuan tunai mualaf turut dinaikkan dari RM200 kepada RM300 dan bantuan tunai mualaf baharu (automatik) juga pada kadar yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, katanya, kadar bantuan untuk asnaf fakir kekal pada RM400 sebulan tanpa sebarang perubahan buat masa ini.

Tambah beliau, setakat 24 Jun lalu, jumlah penerima BMB di bawah kategori bantuan daruriyah MAIM adalah seramai 7,810 orang, yang terdiri daripada 112 orang asnaf fakir dan 7,698 orang asnaf miskin.

+ - reset