Berita Berita
Kilang kapas terbakar di Bandar Country Homes, 90 peratus musnah

KUALA LUMPUR 30 Jun – Sebuah kilang kapas milik Carefree Cotton Industrial Sdn Bhd di Bandar Country Homes, Batu 22, Jalan Kundang, musnah hampir 90 peratus dalam satu kebakaran pagi semalam.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan punca kebakaran serta anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.14 pagi sebelum mengerahkan pasukan ke lokasi.
Komander operasi, Mohd Rizan Mat Zin berkata, kebakaran melibatkan sebuah premis bersaiz kira-kira 21 gelanggang tenis dan api sudah merebak hampir sepenuhnya sebaik pasukan penyelamat tiba.
“Setibanya di lokasi, kira-kira 90 peratus struktur bangunan telah terbakar. Anggota bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan empat aliran salur bantu dengan tujuh pancutan air,” katanya dalam kenyataan.
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.25 pagi.
Seramai 23 anggota terlibat dalam operasi itu, dibantu tiga jentera bomba, satu unit perkhidmatan perubatan kecemasan (EMRS) dan sebuah tangki air. - Media Telus.
Berita berkaitan
June 30, 2025, 6:33 pm
Jangan ada campur tangan luar dalam pemilihan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 6:19 pm
Tindakan beku aset Tun Daim ibarat penderaan - Tun M
June 30, 2025, 6:14 pm
Objek disyaki bom cetus kesesakan 15 kilometer di PLUS arah selatan
June 30, 2025, 5:56 pm
Majlis Peguam gesa kerajaan umum segera pelantikan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 5:50 pm
Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai
June 30, 2025, 5:13 pm
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"
June 30, 2025, 5:08 pm
Lelaki Rohingya kantoi sorok 72 paket minyak masak subsidi di Marang
June 30, 2025, 4:56 pm