Berita Berita
Lelaki parah, usus terburai ditikam rakan ketika mabuk

TAWAU 30 Jun – Seorang lelaki buruh kasar cedera parah dengan usus terburai selepas ditikam dalam satu kejadian pergaduhan dipercayai akibat mabuk di hadapan sebuah pasar raya, petang tadi.
Insiden kira-kira jam 3.43 petang itu dipercayai tercetus selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan seorang lelaki lain yang juga buruh kasar dan saling mengenali, sebelum ia berakhir dengan tikaman menggunakan senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Unit MPV digerakkan ke lokasi.
“Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama Unit MPV bergegas ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki kira-kira jam 5 petang di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, siasatan mendapati suspek berusia 37 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini.
“Polis turut merampas senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.
Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata, serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah. Dia turut ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) akta sama untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan mangsa terbaring dalam keadaan menyayat hati dengan usus terkeluar namun masih sedarkan diri, sambil diperhatikan orang awam di lokasi kejadian.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Berita berkaitan
June 30, 2025, 2:59 pm
Penunggang motosikal maut rempuh bas rosak berhenti di lorong kecemasan di Kulai
June 30, 2025, 2:02 pm
Peka kenaikan kos sara hidup, bantuan makanan asnaf Melaka meningkat RM50 bermula esok
June 30, 2025, 1:55 pm
Kilang kapas terbakar di Bandar Country Homes, 90 peratus musnah
June 30, 2025, 1:29 pm
Trump dedah individu kaya rancang beli TikTok, tunggu kelulusan China
June 30, 2025, 12:59 pm
Keputusan lanjut tempoh perkhidmatan awam tidak automatik, perlu ikut perlembagaan – Anwar
June 30, 2025, 12:27 pm
Mohd Shuhaily serah tugas Pengarah JSJ Bukit Aman, dilantik Ketua Pengarah AKPS
June 30, 2025, 12:04 pm