Berita Dunia
Mahkamah Perlembagaan putuskan petisyen pecat PM Thailand hari ini
BANGKOK, 1 Julai – Kedudukan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra terus goyah apabila Mahkamah Perlembagaan dijangka membuat keputusan hari ini sama ada akan menerima kes pemecatan beliau yang difailkan oleh 36 orang senator.
Permohonan tersebut berkait dengan pertikaian sempadan Thailand-Kemboja yang mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat, termasuk pendedahan rakaman perbualan telefon yang bocor, yang kini disiasat oleh badan antirasuah negara.
Sekiranya mahkamah menerima kes itu, atau badan antirasuah membuat keputusan terhadap beliau, Paetongtarn berdepan kemungkinan disingkirkan daripada jawatannya.
Situasi ini berlaku ketika kerajaan pimpinannya semakin goyah susulan penarikan diri Parti Bhumjaithai daripada gabungan minggu lalu, menjadikan majoriti pemerintah semakin tipis.
Sabtu lalu, ribuan rakyat turun ke jalan raya di Bangkok menuntut Paetongtarn meletak jawatan serta mendesak parti-parti dalam kerajaan untuk menarik sokongan.
Krisis politik yang melanda dijangka memburukkan lagi usaha pemulihan ekonomi Thailand yang masih perlahan. – REUTERS
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
