Berita Berita
Lori terbabas tayar pecah, ibu dan anak maut, suami parah di LPT2

DUNGUN 2 Julai - Perjalanan pulang sekeluarga dari Kuantan bertukar tragedi apabila dua beranak maut manakala seorang lagi parah selepas lori dinaiki mereka terbabas di Kilometer 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), petang semalam.
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Isnaini Mohd, 42, dan anaknya Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, manakala suami Isnaini yang juga pemandu lori, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizurah Abdul Kadir berkata, insiden berlaku kira-kira jam 4 petang di laluan susur keluar Plaza Tol Bukit Besi ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu selepas mengambil peralatan pendawaian elektrik dari Kuantan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan Khairul Syahmi gagal mengawal kenderaan dipandunya susulan tayar belakang lori berkenaan pecah.
"Kemalangan itu menyebabkan Khairul Syahmi, Isnaini dan Muhammad Al Amin tercampak keluar daripada lori," katanya ketika mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, Isnaini dan anaknya yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala Khairul Syahmi dikejarkan ke Hospital Dungun.
"Jenazah Isnaini dan Muhammad Al Amin dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat, manakala Khairul Syahmi yang parah di kepala dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
July 2, 2025, 6:15 pm
Majlis Peguam bimbang kelewatan lantikan Ketua Hakim Negara baharu
July 2, 2025, 6:08 pm
Hannah gesa DBKL jelaskan garis panduan pengecas EV di TTDI, Sri Hartamas
July 2, 2025, 5:14 pm
Isu pelantikan Ketua Hakim Negara tidak dibincang secara mendalam – Fahmi
July 2, 2025, 2:41 pm
Kes sumbang mahram di Terengganu meningkat 80%
July 2, 2025, 2:13 pm
Ejen pelaburan didakwa sebar, ugut, simpan gambar lucah madu
July 2, 2025, 2:08 pm
Warga emas OKU terjatuh dalam perigi buta di Tanjung Rambutan
July 2, 2025, 1:58 pm
Kerajaan haramkan import 'dummy buckle' bermula 31 Disember
July 2, 2025, 12:57 pm