TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan Melaka siasat kesilapan khat kufi Allah di masjid

By
|
Kongsi
image

MELAKA 2 Julai – Kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi sebuah masjid di Melaka yang dikaitkan dengan kesilapan penulisan khat kufi lafaz "Allah" di ruang solat utamanya, selepas tular di media sosial hari ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, terdapat lebih 1,000 masjid dan surau di seluruh Melaka dan beliau telah mengarahkan semakan segera terhadap dakwaan tersebut.

“Jika benar berlaku di Melaka, pihak pengurusan masjid disyorkan melakukan perubahan segera.

“Usaha ini juga akan melibatkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di laman Facebook pempengaruh terkenal, Mohd Fadli Salleh, mengenai kesilapan khat kufi berkenaan yang didakwa berlaku di sebuah masjid di negeri ini.

Perkongsian itu yang dimuat naik sekitar jam 10 pagi tadi menerima hampir 2,000 reaksi, 177 komen dan 130 perkongsian daripada warganet.– Media Telus

+ - reset