Berita Berita
Warga emas OKU terjatuh dalam perigi buta di Tanjung Rambutan

IPOH 2 Julai – Seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) mental terjatuh ke dalam sebuah perigi buta di belakang rumahnya di South Ward, Tanjung Rambutan, pagi semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun bergegas ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.
“Mangsa didapati terjatuh ke dalam perigi buta sedalam tiga meter dan berdiameter satu meter. Pasukan bomba melakukan penilaian situasi dan menggunakan pendekatan SAVER (Systematic Approach for Victim Extrication and Rescue) bagi menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Seorang anggota bomba diturunkan ke dalam perigi dan mangsa dipakaikan ‘harness’ serta diikat pada ‘stretcher’ sebelum berjaya dikeluarkan.
Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.39 pagi. — Media Telus
Berita berkaitan
July 3, 2025, 8:02 am
Dua maut, 16 cedera nahas bas persiaran dan dua lori di Ayer Hitam
July 2, 2025, 9:12 pm
HTA cipta sejarah, berjaya pisahkan bayi kembar siam bersambung abdomen, pelvis
July 2, 2025, 8:01 pm
183 pelajar dikenal pasti jadi samseng jalanan, terbabit lumba haram di KL
July 2, 2025, 7:14 pm
KPKT sedia disiasat SPRM, tolak unsur rasuah dalam isu MyKiosk
July 2, 2025, 6:15 pm
Majlis Peguam bimbang kelewatan lantikan Ketua Hakim Negara baharu
July 2, 2025, 6:08 pm
Hannah gesa DBKL jelaskan garis panduan pengecas EV di TTDI, Sri Hartamas
July 2, 2025, 5:14 pm
Isu pelantikan Ketua Hakim Negara tidak dibincang secara mendalam – Fahmi
July 2, 2025, 2:41 pm