TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki selamat tercampak dalam longkang paya sedalam 7 meter di Klang

By
|
Kongsi
image

 

 

KLANG 2 Julai - Seorang lelaki berusia 40 tahun terselamat meskipun tercampak ke dalam longkang berpaya sedalam 7.6 meter selepas kereta dinaikinya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat, Telok Gong, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.14 pagi itu, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan berjaya diselamatkan selepas operasi hampir dua jam dijalankan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Berdasarkan maklumat, kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Aruz yang telah melanggar sebuah lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa berjaya dikeluarkan dari kawasan longkang pada jam 4.12 pagi dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. 

+ - reset