TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua maut tersepit dalam 4WD dinaiki lepas rempuh lori 5 tan di Kuala Kangsar

By
|
Kongsi
image

KUALA KANGSAR 2 Julai – Dua lelaki berusia 22 dan 25 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori lima tan yang membawa muatan baja di Kilometer 253 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 5.51 pagi.

“Berlaku kemalangan jalan raya melibatkan pacuan empat roda jenis Ford yang melanggar bahagian belakang sebuah lori Hino lima tan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati dua lelaki berbangsa Cina, masing-masing pemandu berusia 25 tahun dan penumpang berusia 22 tahun, tersepit di dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER, dengan anggota menggunakan peralatan teleskopik dan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi penyelamatan melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Kuala Kangsar dan tamat sepenuhnya pada jam 7.30 pagi. 

+ - reset