Berita Jenayah
Polis kesan suspek bakar lima kenderaan mewah di Bandar Tropicana Aman

SHAH ALAM 1 Julai – Polis sedang mengesan empat suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran membabitkan lima kenderaan mewah di Bandar Tropicana Aman, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.45 pagi.
“Siasatan awal mendapati pemilik kediaman dan kenderaan terbabit ialah seorang lelaki tempatan berusia lewat 20-an. Ketika kejadian berlaku, mangsa dan ahli keluarganya tiada di rumah.
“Kebakaran itu dipercayai dilakukan oleh empat lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kejadian tersebut menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM1.6 juta, membabitkan kemusnahan lima kenderaan mewah serta kerosakan pada bahagian hadapan rumah.
Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan. – Media Telus
Berita berkaitan
July 5, 2025, 3:21 pm
Penceramah bebas ditahan, disyaki bebas video seks bersama isteri-isteri dan wanita lain
July 4, 2025, 12:33 pm
GMRB guna Malaysia kumpul dana, rekrut ahli sokong pengganas luar
July 4, 2025, 12:08 pm
Polis tahan 5 lelaki curi penapis air masjid, jual 'online'
July 3, 2025, 7:17 am
Dua lelaki ditahan acu pistol tiruan selepas kemalangan
July 1, 2025, 9:29 pm
Lelaki ditembak ketika tunggu anak depan sekolah di Butterworth
July 1, 2025, 5:46 pm