Berita Jenayah
Polis tahan 5 lelaki curi penapis air masjid, jual 'online'

NILAI 4 Julai - Cubaan lima individu mencuri penapis air berjenama dari masjid dan menjualnya menerusi media sosial akhirnya terbongkar selepas mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Selangor.
Suspek berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan di Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma dan Beranang, dengan empat daripada mereka disahkan positif dadah serta memiliki rekod jenayah lampau.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan bermula selepas pihaknya menerima tiga laporan polis berhubung kes kecurian mesin penapis air berjenama dari tiga masjid sekitar Nilai pada 30 Jun lalu.
Mengulas lanjut mengenai tangkapan, beliau berkata tangkapan pertama dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari semalam membabitkan dua suspek utama, manakala tiga lagi ditahan sekitar jam 12.15 tengah hari.
“Hasil tangkapan membawa kepada penemuan dan rampasan barang kes utama iaitu satu mesin penapis air yang dicuri pada 30 Jun lalu.
“Turut dirampas sebuah kenderaan Proton Gen-2, telefon bimbit, pakaian ketika kejadian dan peralatan digunakan untuk mencabut mesin,” katanya.
Menurut Abdul Malik, siasatan awal mendapati semua suspek menggunakan media sosial untuk mencari pembeli barang curi serta menyasarkan masjid yang kurang dikunjungi jemaah sebagai lokasi sasaran pencurian.
Permohonan reman terhadap kesemua suspek dijangka dibuat pagi ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
July 5, 2025, 3:21 pm
Penceramah bebas ditahan, disyaki bebas video seks bersama isteri-isteri dan wanita lain
July 4, 2025, 12:33 pm
GMRB guna Malaysia kumpul dana, rekrut ahli sokong pengganas luar
July 3, 2025, 7:17 am
Dua lelaki ditahan acu pistol tiruan selepas kemalangan
July 2, 2025, 11:07 am
Polis kesan suspek bakar lima kenderaan mewah di Bandar Tropicana Aman
July 1, 2025, 9:29 pm
Lelaki ditembak ketika tunggu anak depan sekolah di Butterworth
July 1, 2025, 5:46 pm