Berita Jenayah
Suami, isteri ada 4 anak dicekup bikin, jual video lucah atas talian, isteri turut dilacur

KUALA LUMPUR 2 Julai - Sepasang suami isteri yang sudah mempunyai empat cahaya mata dicekup dipercayai terlibat kegiatan pelacuran dan mempromosi video lucah secara dalam talian melalui aplikasi media sosial.
Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 34 tahun diberkas oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sebuah hotel di Seksyen 27, Shah Alam, kira-kira jam 8 malam pada Selasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, Op E-Noda itu bertindak merampas tiga telefon bimbit, dua kondom, tiub pelincir (1 unit), tisu basah (1 peket), sehelai tuala mandi serta sekeping kad akses.
Menurutnya, pasangan terbabit mula bergiat aktif sejak Jun tahun lalu.
"Suspek lelaki iaitu suami kepada wanita terbabit dipercayai berperanan sebagai pencipta kandungan dengan mempromosikan penjualan video lucah serta menjalankan aktiviti pelacuran untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada penjualan video lucah dan langganan pelacuran daripada mana-mana pelanggan atau 'follower'.
"Suspek menyasarkan pelanggan-pelanggan yang mempunyai aplikasi X untuk membeli video lucah dan aktiviti pelacuran yang diuruskan oleh suspek dengan menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium mesej perbualan.
"Bayaran yang dikenakan untuk penjualan video lucah dalam aplikasi Telegram bagi 'Private Channel Limited Content' ialah sebanyak RM50, manakala 'Private Channel VVIP Unlimited Content' pula sebanyak RM150," katanya pada Rabu.
Beliau berkata, bayaran yang dikenakan bagi langganan seks ialah RM450 hingga RM800 di sebuah hotel bertaraf empat bintang.
Katanya, wanita terbabit pula dipercayai berperanan sebagai pelacur yang akan membantu dalam melariskan perjualan video lucah dengan memainkan watak utama dalam setiap video dirakamkan.
"Suspek dikatakan mendapat pendapatan hingga RM6,400 seminggu," ujarnya.
Tambahnya, pasangan terbabit telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan telah direman tiga hari hingga Jumaat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Berita berkaitan
July 5, 2025, 3:21 pm
Penceramah bebas ditahan, disyaki bebas video seks bersama isteri-isteri dan wanita lain
July 4, 2025, 12:33 pm
GMRB guna Malaysia kumpul dana, rekrut ahli sokong pengganas luar
July 4, 2025, 12:08 pm
Polis tahan 5 lelaki curi penapis air masjid, jual 'online'
July 3, 2025, 7:17 am
Dua lelaki ditahan acu pistol tiruan selepas kemalangan
July 2, 2025, 11:07 am
Polis kesan suspek bakar lima kenderaan mewah di Bandar Tropicana Aman
July 1, 2025, 9:29 pm
Lelaki ditembak ketika tunggu anak depan sekolah di Butterworth
July 1, 2025, 5:46 pm