TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Lelaki ditembak ketika tunggu anak depan sekolah di Butterworth

By
|
Kongsi
image

 

BUTTERWORTH 1 Julai – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis pikap yang dinaikinya ditembak individu tidak dikenali di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior, petang tadi.

Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 40-an ketika itu sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah sebelum kejadian berlaku sekitar jam 5.40 petang.

Difahamkan, suspek tiba-tiba muncul dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin tempat duduk pemandu sebelum melarikan diri.

Setakat ini, mangsa dilaporkan terselamat daripada sebarang kecederaan, namun polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan suspek yang terlibat.

Beberapa gambar berkaitan insiden tembakan itu turut tular di media sosial, mencetuskan kegusaran orang ramai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Pihak kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat," katanya ringkas.

+ - reset