Berita Sukan
JDT bidik aksi Piala Dunia Kelab FIFA, mahu jadi kebanggaan bola sepak Malaysia
KUALA LUMPUR 3 Julai – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus meletakkan aspirasi tinggi dalam kancah bola sepak antarabangsa apabila menyasarkan penyertaan di pentas berprestij Piala Dunia Kelab FIFA pada masa akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia berkata, sasaran itu bukan satu angan-angan kosong, sebaliknya boleh direalisasikan sekiranya JDT terus mempamerkan kemajuan dalam saingan peringkat Asia khususnya Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
“Jika FIFA menambah slot kelab Asia ke Piala Dunia Kelab, JDT perlu tampil konsisten dan mara lebih jauh dalam ACLE bagi meningkatkan ranking kelab Asia dan membuka peluang wakili Malaysia di pentas dunia,” katanya dalam kenyataan media, Rabu.
Garcia mengakui laluan ke arah sasaran itu sangat mencabar memandangkan tahap saingan bola sepak di Asia kini begitu tinggi.
“Pemain baharu yang dibawa masuk untuk musim 2025-26 adalah selari dengan hala tuju ini. Kejayaan JDT di peringkat Asia bukan sahaja kejayaan untuk kelab, malah untuk bola sepak Malaysia keseluruhannya,” katanya.
Empat pasukan dari Asia yang kini bersaing di Piala Dunia Kelab FIFA 2025 ialah Al-Hilal, Al-Ain, Urawa Red Diamonds dan Ulsan HD, namun hanya Al-Hilal berjaya mara ke suku akhir untuk menentang wakil Brazil, Fluminense.
Garcia turut menjelaskan bahawa impian besar JDT ini juga didorong oleh titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu JDT menjadi jenama bola sepak Johor dan Malaysia yang dihormati di pentas antarabangsa.
“Sebagai penyumbang terbesar kepada mata ranking AFC Member Association sejak 2019, kami komited bukan sahaja untuk kekalkan prestasi tetapi mencapai lebih banyak kejayaan agar lebih banyak kelab Malaysia dapat beraksi di Asia,” tambahnya.
Dengan reputasi sebagai satu-satunya wakil Malaysia dalam ACLE sejak 2019, JDT kini membawa misi bukan sekadar menang di padang, tetapi mewakili wajah baharu bola sepak Malaysia di peringkat tertinggi. - Media Telus
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
