Berita Politik
'Nak bising boleh, tapi jangan fitnah' - Ramanan nafi dakwaan PKR tidak stabil
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
SUBANG JAYA 8 Julai - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan, menafikan dakwaan bahawa parti itu kini berada dalam keadaan tidak stabil, sambil menyifatkannya sebagai satu fitnah yang tidak berasas.
Beliau berkata, PKR kekal kukuh di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Perdana Menteri.
“Siapa cakap tak stabil? PKR memang stabil dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dan akan kekal sebagai Presiden. Memang akan ada satu atau dua orang akan bising, kalau tidak itu bukan politik.
“Kita kena terima apa orang cakap, tapi ini kelebihan dan kehebatan PKR serta kerajaan pada masa ini sebab semua orang berhak bersuara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program ‘Students’ Social Entrepreneurship Initiative’ dan Seminar Keusahawanan Sosial di Kolej Antarabangsa INTI, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Ramanan menegaskan bahawa rakyat bebas untuk menyuarakan pandangan, namun perlu berpegang kepada fakta dan tidak menyebarkan maklumat palsu.
“Saya nasihatkan jangan fitnah. Kalau dalam Islam cakap dosa fitnah tu lebih besar daripada membunuh, jadi jangan buat.
“Kalau (kita) cakap, kata tak ada kebebasan bersuara tapi kalau fitnah, di situlah kebebasan anda hilang. Boleh cakap, berucap atau meluahkan tapi pastikan berfakta dan berdisiplin,” ujarnya.
Ramanan turut menekankan bahawa kebebasan bersuara adalah hak semua pihak, namun mesti digunakan secara bertanggungjawab dan beretika. - Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
