Berita Politik
Tiada jawatan rasmi pun Nurul Izzah terus komited bantu masyarakat India - Pravin Murali
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, terus menunjukkan komitmen terhadap usaha membantu pelbagai lapisan masyarakat termasuk komuniti India, meskipun tidak memegang sebarang jawatan sebagai Ahli Parlimen mahupun dalam pentadbiran kerajaan ketika ini.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pravin Murali, berkata Nurul Izzah kekal aktif di lapangan dan terlibat secara langsung dalam merangka penyelesaian isu-isu sosioekonomi yang membelenggu masyarakat India.
“Ketika menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Permatang Pauh, beliau konsisten memperjuangkan isu berkaitan masyarakat India seperti akses pendidikan, peluang ekonomi, kebajikan keluarga B40 serta pembangunan komuniti secara menyeluruh.
“Komitmen beliau bukan bersifat bermusim, sebaliknya didasari oleh prinsip keadilan sosial dan nilai kemanusiaan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, ketiadaan jawatan rasmi dalam kerajaan tidak menghalang Nurul Izzah untuk terus menyumbang, termasuk membantu merangka dasar dan strategi pembangunan negara agar tiada komuniti yang tercicir, termasuk masyarakat India.
Beliau turut menyatakan bahawa cabaran yang dihadapi masyarakat India ketika ini berpunca daripada kegagalan kepimpinan lalu dalam membawa agenda pembangunan yang inklusif dan menyeluruh.
“Justeru, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu dijadikan platform penting untuk membetulkan keadaan ini dengan menekankan dasar yang telus dan menyeluruh, khususnya dalam bidang pendidikan, peluang ekonomi dan kesihatan bagi komuniti India,” katanya.
Dalam pada itu, Pravin turut menyatakan keyakinan bahawa pendekatan dibawa Nurul Izzah yang berteraskan nilai, dasar dan libat urus berterusan merupakan cerminan kepada bentuk kepimpinan baharu yang diperlukan negara.
“Politik hari ini tidak boleh hanya bergantung kepada retorik. Ia memerlukan keikhlasan, keputusan berdasarkan data serta keupayaan menyatukan semua pihak demi penyelesaian bersama dan pemerkasaan komuniti India,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan seumpama itu wajar dijadikan contoh oleh semua pemimpin politik jika mahu melihat negara bergerak ke hadapan secara adil dan saksama.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
