Berita Politik
Amanah sedia ada sudah berat, Ahmad Samsuri tolak bertanding jawatan Presiden PAS
BESUT 9 Julai – Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan beliau tidak berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden parti itu pada pemilihan yang dijangka berlangsung September ini.
Menurut beliau, amanah yang digalas kini sebagai Naib Presiden PAS sudah cukup besar dan mencabar.
"Jawatan (Naib Presiden) sekarang pun sudah berat untuk saya pikul, tak timbul saya nak jawatan lain," katanya kepada pemberita ketika melawat Projek Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Alor Keladi di sini, hari ini.
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu turut menegaskan, beliau tidak berminat untuk merebut kedudukan nombor satu dalam parti.
"Tidak, saya tak berhasrat merebut jawatan Presiden PAS," katanya ringkas.
Ketika diminta mengulas mengenai kesediaan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk menerima pencalonan bertanding jawatan Timbalan Presiden, Ahmad Samsuri berkata keputusan itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada pertimbangan individu berkenaan.
"Dia kata nak lihat anak bulan dulu, biar dia tengoklah nampak atau tak nampak.
"Biar dia buat keputusan sendiri, one hundred percent (sepenuhnya) atas pertimbangan beliau," katanya sambil merujuk secara bersahaja kepada kiasan yang digunakan oleh Mohd Amar.
Beliau turut menegaskan bahawa PAS sentiasa bersikap terbuka terhadap siapa sahaja yang ingin memimpin parti.
Katanya, parti itu telah melalui pelbagai proses muktamar sebelum ini dan sentiasa bersedia untuk menerima sebarang perkembangan dalaman yang berlaku.
"Parti akan terus bergerak ke depan," katanya.
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
