Berita Politik
MCA yakin mampu raih semula sokongan komuniti Cina pada PRU16
KUALA LUMPUR 10 Julai – MCA yakin peranan dan sumbangan parti itu mampu mengembalikan sokongan rakyat, khususnya komuniti Cina, kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.
Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada dapatan serta maklum balas yang diterima di peringkat akar umbi, termasuk rasa kecewa komuniti Cina terhadap DAP yang dilihat gagal membela nasib mereka.
“Komuniti Cina semakin kecewa dengan sikap membisu DAP dalam beberapa isu penting. Sebaliknya, MCA terus lantang bersuara berasaskan fakta dan realiti walaupun hanya memiliki dua kerusi Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pemuda BN berkata, bayangkan sekiranya lebih ramai wakil rakyat MCA berada dalam Parlimen, pasti lebih banyak isu rakyat dapat diselesaikan.
Choo Seong turut memaklumkan bahawa MCA terus mendekati pelbagai golongan masyarakat termasuk komuniti perniagaan, wakil penduduk dan pemain industri bagi mendengar sendiri keluhan rakyat terhadap dasar kerajaan.
“Melalui sesi libat urus ini, rakyat semakin terbuka berkongsi pandangan. Namun pada masa sama, DAP pula dilihat semakin jauh daripada memahami denyut nadi rakyat dan lari daripada prinsip asal perjuangan mereka,” katanya lagi.
Tambahnya, timbul persoalan sama ada 40 Ahli Parlimen DAP hari ini telah tewas kepada kuasa sehingga tidak lagi lantang memperjuangkan nasib rakyat dalam isu utama seperti kos sara hidup, tarif elektrik dan penghapusan subsidi telur.
“Slogan pro-rakyat yang dahulu kuat dilaungkan kini tidak lagi kedengaran. Malah, banyak janji manis yang ditabur sebelum memegang kuasa gagal ditunaikan, dan pemimpin DAP hanya berpeluk tubuh dalam isu-isu penting.
“Kekecewaan itu turut diluahkan secara terbuka oleh rakyat, termasuk bukan Melayu, menerusi media sosial,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
February 13, 2026, 8:35 pm
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
February 9, 2026, 11:32 am
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
February 4, 2026, 2:18 pm
PAS nafi solo PRU16, beri isyarat mahu kukuhkan Perikatan Nasional
February 1, 2026, 11:48 am
DAP tidak ghairah tambah ahli semata-mata tingkatkan angka keahlian
January 27, 2026, 9:28 pm
UMNO belum terima permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpin
January 27, 2026, 9:09 am
Mohamed Nazri tidak tolak kemungkinan bertanding pada PRU16
January 26, 2026, 4:47 pm
Muhyiddin tidak dijemput hadir mesyuarat PN kerana letak jawatan berkuat kuasa 1 Januari
January 23, 2026, 1:43 pm
Abdul Hadi nafi Muhyiddin kekal sebagai pengerusi PN
January 15, 2026, 10:31 am
