Berita Dunia
Trump calonkan Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia
KUALA LUMPUR 11 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan penulis konservatif terkenal dan pengulas politik, Nick Adams sebagai calon Duta Besar Amerika Syarikat yang baharu ke Malaysia.
Pengumuman itu dibuat menerusi platform Truth Social semalam, dengan Trump menyifatkan Adams sebagai seorang nasionalis luar biasa dan usahawan berjaya yang komited menjulang apa yang digelarnya sebagai ‘Nilai Keunggulan Amerika’.
“Saya dengan sukacitanya mengumumkan Nick Adams akan dicalonkan sebagai Duta Amerika Syarikat ke Malaysia yang seterusnya.
“Nick adalah penulis terlaris dan pengulas konservatif. Beliau adalah graduan Universiti Sydney dan sejak itu menjadikan misinya untuk menjulang Nilai Keunggulan Amerika. Tahniah Nick!” kata Trump dalam hantaran tersebut.
Nick Adams, tokoh kelahiran Australia, merupakan penyokong lantang Trump dan dikenali dalam kalangan konservatif AS melalui penerbitan beberapa buku serta kemunculan dalam pelbagai media yang memperjuangkan dasar-dasar sayap kanan.
Mengulas pencalonan itu, Adams menyatakan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh Trump dan bersedia menjalani proses pengesahan Senat seperti termaktub dalam Perlembagaan Amerika Syarikat.
“Terima kasih Tuan Presiden atas penghormatan terbesar dalam hidup saya. Amerika yang dipimpin anda telah menjadikan semua impian saya satu kenyataan. Saya amat berbesar hati untuk mewakili Amerika Syarikat di Malaysia,” tulis Adams di platform X (dulu Twitter).
Pencalonannya sebagai Duta Besar AS ke Malaysia masih perlu melalui proses pengesahan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat sebelum boleh dimuktamadkan secara rasmi. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 12:45 pm
Israel langgar gencatan senjata, Gaza kembali berdarah
October 28, 2025, 3:24 pm
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
October 28, 2025, 10:56 am
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
October 21, 2025, 4:02 pm
Terima sokongan majoriti, Sanae Takaichi dilantik Perdana Menteri Wanita pertama Jepun
October 16, 2025, 12:09 pm
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
October 11, 2025, 11:47 am
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
October 11, 2025, 10:19 am
Israel tarik balik tentera, perang di Gaza berakhir — Rakyat Palestin mula pulang ke rumah
October 9, 2025, 10:48 am
Israel, Hamas setuju laksana fasa pertama pelan damai Trump bagi Gaza
October 7, 2025, 9:14 am
Greta Thunberg selamat tiba di Greece selepas dibebaskan dari tahanan Israel
October 6, 2025, 9:43 am
